Air ketuban merupakan medium berharga buat janin yang membesar, isipadunya yang rendah boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Mungkin anda tahu punca berlakunya peningkatan pada isipadu air ketuban. Keadaan seperti kencing manis semasa mengandung dan kehamilan kembar boleh menyebabkan jumlah air kencing bayi bertambah.
Ini menyebabkan isipadu air ketuban meningkat. Perut ibu akan kelihatan besar daripada biasa.
Namun, tahukah anda kenapa jumlah air ketuban sedikit semasa hamil?
π§π»ββοΈSelaput ketuban pecah awal. Ini merupakan antara punca yang lazim berlaku dalam kalangan mereka yang bermasalah dengan jumlah air ketuban sedikit. Keadaan ini menandakan proses kelahiran sudah bermula dan anda seharusnya dikejarkan ke hospital segera.
π§π»ββοΈMasalah berkaitan dengan kecacatan organ janin. Terdapat penyakit atau kecacatan genetik yang boleh mengganggu penghasilan air kencing janin oleh organ buah pinggang. Oleh sebab air ketuban juga diperbuat daripada air kencing bayi, tanpanya, isipadu air ketuban kelihatan rendah daripada nilai normal.
.
π§π»ββοΈUri bermasalah. Uri (plasenta) penting untuk bayi memandangkan ia merupakan organ yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi di samping membuang bahan kumuh seperti karbon dioksida. Jika ada gangguan kepada bekalan yang dibawa dari uri, ia boleh mempengaruhi kadar penghasilan air kencing bayi.
π§π»ββοΈMasalah kesihatan yang dialami oleh ibu seperti kencing manis, hipertensi, obesiti, dehidrasi dan preeklampsia. Jika anda pernah didiagnosis dengan mana-mana keadaan tersebut, dapatkan rawatan segera.
πΌππππ ππππππππ ππππππππ π°πππ πππππππππ ππ, π°πππ πππππππππ, π°πππ ππππ π ππ πππππ2 & π·πΉπΆπ΄πΆ SCAN πππππππ, Sila Joinππ»ππ»ππ»
Telegram :
https://t.me/KLINIKTANAHMELAYUJELUTONG
FB group : http://www.facebook.com/kptmj
Instagram: https://www.instagram.com/klinik_perubatan_tanah_melayu
Twitter: https://twitter.com/kptmj96
#MOMMIESOHSEM
#KPTMJTERBAIK
#TANAHMELAYU
#5D6DSCANTERBAIK
#VAGINATIGHTENING