Tel: 04-283 9493 / Mobile: 011-1638 9493
https://www.facebook.com/151077335236336/posts/1735566950120692/” data-width=”500″ data-show-text=”false” data-allowfullscreen=”true” style=”overflow: hidden;position:relative;”>

Air ketuban merupakan medium berharga buat janin yang membesar, isipadunya yang rendah boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

Mungkin anda tahu punca berlakunya peningkatan pada isipadu air ketuban. Keadaan seperti kencing manis semasa mengandung dan kehamilan kembar boleh menyebabkan jumlah air kencing bayi bertambah.

Ini menyebabkan isipadu air ketuban meningkat. Perut ibu akan kelihatan besar daripada biasa.

Namun, tahukah anda kenapa jumlah air ketuban sedikit semasa hamil?

πŸ§šπŸ»β€β™€οΈSelaput ketuban pecah awal. Ini merupakan antara punca yang lazim berlaku dalam kalangan mereka yang bermasalah dengan jumlah air ketuban sedikit. Keadaan ini menandakan proses kelahiran sudah bermula dan anda seharusnya dikejarkan ke hospital segera.

πŸ§šπŸ»β€β™€οΈMasalah berkaitan dengan kecacatan organ janin. Terdapat penyakit atau kecacatan genetik yang boleh mengganggu penghasilan air kencing janin oleh organ buah pinggang. Oleh sebab air ketuban juga diperbuat daripada air kencing bayi, tanpanya, isipadu air ketuban kelihatan rendah daripada nilai normal.
.
πŸ§šπŸ»β€β™€οΈUri bermasalah. Uri (plasenta) penting untuk bayi memandangkan ia merupakan organ yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi di samping membuang bahan kumuh seperti karbon dioksida. Jika ada gangguan kepada bekalan yang dibawa dari uri, ia boleh mempengaruhi kadar penghasilan air kencing bayi.

πŸ§šπŸ»β€β™€οΈMasalah kesihatan yang dialami oleh ibu seperti kencing manis, hipertensi, obesiti, dehidrasi dan preeklampsia. Jika anda pernah didiagnosis dengan mana-mana keadaan tersebut, dapatkan rawatan segera.

π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π’Žπ’‚π’Œπ’π’–π’Žπ’‚π’• π’Žπ’†π’π’ˆπ’†π’π’‚π’Š 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’Œπ’†π’”π’Šπ’‰π’‚π’•π’‚π’ π’‚π’Ž, 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’Œπ’†π’‰π’‚π’Žπ’Šπ’π’‚π’, 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’ƒπ’‚π’šπ’Š 𝒅𝒂𝒏 π’Œπ’‚π’π’‚π’Œ2 & 𝑷𝑹𝑢𝑴𝑢 SCAN π’•π’†π’“π’Œπ’Šπ’π’Š, Sila JoinπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Telegram :
https://t.me/KLINIKTANAHMELAYUJELUTONG

FB group : http://www.facebook.com/kptmj

Instagram: https://www.instagram.com/klinik_perubatan_tanah_melayu

Twitter: https://twitter.com/kptmj96

#MOMMIESOHSEM
#KPTMJTERBAIK
#TANAHMELAYU
#5D6DSCANTERBAIK
#VAGINATIGHTENING

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp