BERAT BADAN SEMASA HAMIL????
Apabila seseorang wanita hamil, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah kenaikan berat badan yang sihat!
HENTIKAN! Pemikiran ibu hamil boleh makan apa sahaja, dengan anggapan masa proses berpantang nanti banyak makanan tidak boleh dimakan.
HENTIKAN! Tabiat makan makanan tinggi GULA dan tinggi LEMAK yang boleh menyebabkan berat ibu bertambah dan berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung, atau komplikasi lain. “Mengidam” perlu dikawal agar tidak mengikut nafsu semata.
HENTIKAN! Anggapan ibu hamil tidak boleh bersenam. Usia kandungan apabila masuk 20 minggu, ibu hamil yang tiada risiko kesihatan boleh bersenam tanpa ragu-ragu. Pilih senaman yang disyorkan oleh ahli fisioterapi.
HENTIKAN! Anggapan bahawa semasa hamil lah wanita boleh naik berat badan banyak-banyak sebab “makan untuk 2 orang” dan nanti lepas bersalin boleh lah turunkan berat semula.
Terlajak naik berat, BADAN BINASA ya mommies.
Tolong..Kita perlu jaga badan kita, kesihatan kita.
Tolong cek kejap, berat badan mommies dah naik berapa niiii. Kena ikut BMI masing-masing sebelum hamil, kerana kenaikan berat badan yang disarankan adalah berbeza..boleh lihat gambar di bawah
#kitamestimenang
#kitajagakita
#KPTMJTERBAIK
#TANAHMELAYU
#5D6DSCANTERBAIK