Tel: 04-283 9493 / Mobile: 011-1638 9493

MITOS PEMAKANAN IBU SEMASA BERPANTANG

βœ”Boleh ke makan ayam?
βœ”Sayur dan buah tak boleh makan sebab sejuk?
βœ”Minum banyak air nanti urat kembang?

Terdapat banyak MITOS tentang pemakanan selepas bersalin ini

πŸ‘‰Namun perlu diketahui setiap ibu perlu “try & error” tindak balas sesuatu makanan kepada badan sendiri kerana reaksi setiap badan individu adalah berbeza.

πŸ‘‰Dan setelah dikenalpasti jenis makanan yang badan ibu “tak tahan”. Perlulah diganti dengan sumber makanan lain dalam kategori yang sama.

πŸ‘‰Contohnya jika tak boleh makan ayam perlulah diganti dengan sumber lain seperti ikan atau daging.

πŸ‘‰Jika badan berangin makan sayur kangkung, banyak lagi sumber sayuran lain yang boleh diganti seperti sawi, lobak, kobis dan lain-lain.

πŸ‘‰Ianya berbeza dengan ALAHAN/ ALERGI.Jika dari sebelum bersalin memang ibu alahan dengan sesuatu jenis makanan, jadi perlu dielakkan juga ketika selepas bersalin.

FAKTA:

1. Pengambilan sayur dan buah amat penting semasa berpantang sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.
βœ”Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
βœ”Antara pilihan sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang adalah seperti sawi, lobak putih, pegaga, peria, dan kailan. βœ”Selain daripada itu, sayur hijau juga merupakan sumber zat besi dan vitamin yang membantu mengekal dan meningkatkan sel darah merah dalam tubuh ibu lepas bersalin. βœ”Buah-buahan seperti oren, betik, pisang dan epal juga boleh dimakan bagi membekalkan zat makanan yang sempurna.

2. Ikan/ ayam/ daging dan telur merupakan sumber yang baik bagi protein, vitamin dan mineral yang penting untuk memulihkan luka akibat bersalin samada luka vagina atau pembedahan.
Makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran.

3. Ibu yang berpantang selepas bersalin juga perlu minum air secukupnya 6-8 gelas sehari. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk memulihkan kecergasan badan, keseimbangan elektrolit dan mengawal suhu badan.

KESIMPULAN:
Amalkan pemakanan sihat
sukusukuseparuh semasa berpantang dan minumlah air secukupnya untuk mendapatkan semua bekalan zat makanan yang mencukupi bagi proses pemulihan dan untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π’Žπ’‚π’Œπ’π’–π’Žπ’‚π’• π’Žπ’†π’π’ˆπ’†π’π’‚π’Š 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’Œπ’†π’”π’Šπ’‰π’‚π’•π’‚π’ π’‚π’Ž, 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’Œπ’†π’‰π’‚π’Žπ’Šπ’π’‚π’, 𝑰𝒏𝒇𝒐 π’ƒπ’‚π’šπ’Š 𝒅𝒂𝒏 π’Œπ’‚π’π’‚π’Œ2 & 𝑷𝑹𝑢𝑴𝑢 SCAN π’•π’†π’“π’Œπ’Šπ’π’Š, Sila JoinπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Telegram :
https://t.me/KLINIKTANAHMELAYUJELUTONG

FB group : http://www.facebook.com/kptmj

Instagram: https://www.instagram.com/klinik_perubatan_tanah_melayu

Twitter: https://twitter.com/kptmj96

#MOMMIESOHSEM
#KPTMJTERBAIK
#TANAHMELAYU
#5D6DSCANTERBAIK
#VAGINATIGHTENING

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp